Latar belakang AIM-120_AMRAAM

Program reka bentuk konsep bagi program AMRAAM telah disiapkan pada bulan Februari 1979, apabila Tentera Udara A.S telah memilih 2 dari 5 kontraktor pertahanan yang bertanding iaitu firma Hughes Aircraft Co. dan Raytheon Co., untuk menyambung program ini ke fasa pengesahan.

Semasa fasa pengesahan selama 33 bulan, kontraktor menyambung pembangunan peluru berpandu dengan membina pekakasan sebenar untuk menunjukkan konsep keupayaan teknologi sebenar peluru berpandu ini. Program ini telah ditamatkan pada bulan Disember 1981, setelah kedua-dua kontraktor melakukan ujian penerbangan yang mana memenuhi kehendak tentera udara dan laut. Tentera udara dan laut telah memilih Missile System Group dari firma Hughes Aircraft Co., Canoga Park, California, sebagai pemaju berskala penuh manakala firma Raytheon pula dipilih sebagai pengeluar. Kontrak pengeluaran telah dianugerahkan kepada kedua-dua kontraktor pada tahun 1987.